logoacc2010.png ACC TRACK ASIA CUP 2010 – MALAYSIA ROUND

Venue : Kuala Lumpur

Date : 25th - 27th June 2010


> Download Result Here

Hariff juara peringkat ketujuh
Written by Utusan Malaysia   
Sep 02, 2010 at 09:22 AM

Mohd. Hariff Salleh (kiri) memenangi perlumbaan peringkat ketujuh dari Nyah West ke Manangatang sejauh 56.9 kilometer basikal Jelajah Murray River, semalam.

KUALA LUMPUR - Kekecewaan setelah gagal menyerlah pada peringkat keempat dan kelima Jelajah Murray River berjaya diubati oleh pelumba negara, Mohd. Hariff Salleh dengan memenangi peringkat ketujuh dari Nyah West ke Manangatang sejauh 56.9 kilometer, semalam.

Pelumba kelahiran Terengganu itu juga cemerlang pada perlumbaan peringkat keenam, yang berlangsung di sebelah pagi semalam, apabila menduduki tempat kedua di belakang Joel Pearson daripada pasukan Genesys Wealth Advisers.

Menurutnya, kejayaan itu setidak-tidaknya menutup kekecewaan gagal meraih keputusan cemerlang kelmarin, kerana dia kurang sihat dan tidak mampu untuk memberi tentangan kepada pelumba lain.

 

Write Comment (0 comments)
Read more...
Mamat menyerlah pada Jelajah Murray River
Written by Utusan Malaysia   
Sep 01, 2010 at 11:42 AM

KUALA LUMPUR - Pelumba basikal negara, Mohd. Harrif Salleh memberikan keceriaan sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-53, apabila muncul juara peringkat kedua Jelajah Murray River di Victoria, Australia, semalam.

Harrif yang lebih dikenali Mamat, memulakan perlumbaan dengan memakai jersi biru (pelumba remaja terbaik), seakan tidak percaya kerana berjaya meraih tempat pertama di sirkit ketiga siri Perlumbaan Kebangsaan Australia (Piala Scoody).

 

Write Comment (0 comments)
Read more...
LTdL 2011 kembali ke Langkawi, lebih mencabar
Written by Utusan Malaysia   
Aug 26, 2010 at 09:12 AM

 


Ahmad Shabery Cheek (kiri) bersama Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia, Abu Samah Wahab (kanan) dan pelumba negara, Suhardi Hassan pada pelancaran LTdL 2011 di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA - Perlumbaan basikal lebuh raya terulung di rantau Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) dijangka mencabar keupayaan pelumba tahun depan dengan zon pendakian menyeksa disediakan pada dua peringkat berturut-turut.

Jika edisi tahun ini di peringkat keenam dari Putrajaya ke Genting Highlands dikatakan paling mencabar, tahun depan pelumba harus melalui zon pendakian paling getir iaitu di peringkat keempat dari Lumut ke Cameron Highlands dan peringkat kelima dari Tapah ke Genting Highlands.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, dua peringkat tersebut bakal menguji keupayaan pelumba dalam tempoh dua hari berturut-turut berbanding peringkat lain.

"Walaupun di peringkat lain turut ada zon pendakian tetapi dua peringkat ini adalah yang paling mencabar dan dalam masa yang sama ia akan memaparkan keindahan di Malaysia," katanya dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran LTdL 2011, semalam.

Jelasnya, pihak penganjur, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu jadikan perlumbaan tahun depan adalah yang paling menarik dan menunjukkan keindahan negara Malaysia.

 

Write Comment (0 comments)
Read more...
Cycling: A dream come true
Written by NST   
Aug 25, 2010 at 10:27 AM
Sports Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek gets acquainted with International Cycling Union  president Pat McQuaid. — Picture by David Khoo
Sports Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek gets acquainted with International Cycling Union president Pat McQuaid. — Picture by David Khoo

THE image of Olympic and world champion Chris Hoy racing local hero Azizul Hasni Awang to the deafening beat of kompang and cheers from a home crowd in Malaysia will be a reality by 2012.

The Sports Ministry wants to build the country's first state-of-the-art indoor velodrome, at a yet-to-be-determined location, which Sports Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek said will be "in time to inspire the national cycling team before they compete in the 2012 Olympics in London."

The Sports Ministry has placed the construction of a world class 250-metre timber indoor velodrome as a priority agenda in its proposals to the Economic Planning Unit (EPU) under the 10th Malaysia Plan.

 

Write Comment (0 comments)
Read more...
Malaysia perlukan velodrom bertaraf dunia
Written by Utusan Malaysia   
Aug 25, 2010 at 10:14 AM

PUTRAJAYA - Jika berhasrat untuk menganjurkan kejohanan berbasikal trek antarabangsa, Malaysia perlu mempunyai sebuah velodrom bertaraf dunia yang berbumbung dan permukaannya pula kayu, itulah yang telah disampaikan oleh Presiden Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), Patrick McQuaid.

Katanya, pembinaan velodrom ini juga membolehkan Malaysia melahirkan lebih ramai pelumba trek bertaraf dunia dan bersedia untuk memberi cabaran kepada negara hebat yang lain.

"Saya telah datang ke Malaysia beberapa kali, saya berpuas hati dengan perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) yang terkenal di sini, begitu juga kelahiran pelumba trek yang berkembang dengan baiknya," katanya ketika melakukan kunjungan ke Kementerian Belia dan Sukan, semalam.

Jelasnya, prestasi pelumba Malaysia sekarang ini amat mengejutkan selepas dapat memberi tentangan kepada pelumba dari negara, Perancis, Britain dan Jerman termasuk mampu memenangi pingat di Kejohanan Trek Dunia.

"Saya bangga melihat sebuah lagi negara menjadi pencabar kepada negara lain dan dalam masa yang sama mendapat sokongan sepenuhnya daripada kerajaan termasuk kesudian membina sebuah velodrom bertaraf dunia.

 

Write Comment (0 comments)
Read more...
<< Start < Previous 1 2 Next > End >>

Who's Online

We have 3 guests online