KUALA LUMPUR 10 Okt.- Jaguh berbasikal negara, Azizulhasni Awang rangkul emas dalam acara pecut individu lelaki pada Kejohanan Berbasikal Trek Grand Prix Asia Tenggara 2018 di Velodrom Nilai sekali gus mengulangi aksi cemerlang yang dipamerkannya di Sukan Asia.

Azizulhasni membantu kontinjen negara meraih emas dalam temasya Jakarta-Palembang dengan menewaskan wakil Jepun, Tomohiro Fukaya, 2-0 dalam persaingan tiga perlumbaan terbaik.

Turun beraksi di Nilai dalam acara yang sama, berdepan wakil Indonesia, Puguh Admadi nyata tidak memberi kesukaran buat The Pocket Rocketman untuk memastikan kemenangan berada digenggaman selepas meraih keputusan 2-0.

Sementara itu, dalam saingan wanita, Fatehah Mustapa terpaksa akur kepada kepantasan Crismonita Dwi Putri dari Indonesia dengan keputusan 0-2 sekali gus menamatkan saingan dengan meraih pingat perak. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/berbasikal/kayuhan-azizulhasni-butir-emas-1.764812#ixzz5Ug6dq3HX

Our Location

© 2007-2018 Malaysian National Cycling Federation